Hari Terbuka PI Bawang Assan 2019

21 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2019, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan Program Hari Terbuka Pusat Internet Bawang Assan. Tujuan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet Bawang Assan dan fungsinya kepada komuniti setempat. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak pengurusan PI dengan komuniti setempat. Disamping itu, Pusat Internet Bawang Assan menawarkan keahlian secara percuma semasa program ini.

Sepanjang program ini diadakan, pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh komuniti setempat seperti pertandingan CyberPatrol, pertandingan kampung siber dan pertandingan kahoot online game. Selain itu terdapat sesi taklimat ringkas mengenai keselamatan siber dan juga penyampaian hadiah bagi pertandingan mereka poster.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali